Sunday, 19 March 2017

TEMPAT MENARIK DI JOHOR : PANTAI DAN PULAU DI JOHOR





Ini adalah salah satu tempat menarik di Johor. Korang boleh je ke tempat ni dengan menggunakan waze...taiplah pantai desaru,semestinya tempat paling aman dan damai penah korang jumpa :)

1. Pantai Desaru – Tempat peranginan di Johor yang popular di kalangan warga JB dan juga Singapura. Mempunyai beberapa hotel dan resort yang sesuai untuk percutian bersama keluarga. Aktiviti seperti main jetski, parasailing dan naik kereta kuda juga turut tersedia.
2. Pantai Stulang Laut – Pantai rekreasi yang hanya beberapa km dari bandar JB dan sesuai sebagai tempat santai-santai di tepi laut untuk makan malam seafood di restoran-restoran di sekitarnya.
3. Pantai Lido – Pantai rekreasi yang menjadi tumpuan warga JB untuk bersantai petang-petang melihat keindahan pantai dan matahari terbenam di waktu senja. Dari sini juga anda boleh melihat Singapura di seberang Selat Tebrau.
4. Teluk Mahkota – pantai yang berteluk dan juga dikenali dengan Jason Bay ini menghadap Laut China Selatan dan tidaklah sepopular seperti Pantai Peranginan Desaru. Sekiranya anda inginkan satu tempat bercuti tepi pantai yang tidak sibuk dengan orang , di sinilah salah satu tempat di Johor. Beberapa penginapan turut ada di sini seperti Tanjung Sutera Resort, Jason Bay Resort dan Mutiara Motor Resort.

Pulau di Johor

1.Pulau Sibu – Sebuah Pulau kecil yang boleh anda datang bercuti dan melakukan aktiviti riadah air seperti snorkeling atau pun menyelam. Pulau Sibu terdiri daripada beberapa pulau lain seperti Pulau Sibu Besar, Pulau Sibu Tengah, Pulau Sibu Kukus dan Pulau Sibu Hujung Island. Di sini terdapat resort yang boleh anda menginap ketika bercuti nanti.

2. Pulau Rawa – Sebuah Pulau di Mersing, Johor yang popular dengan keindahan hidupan marin dan terumbu karang. Destinasi terbaik untuk anda snorkleng dan juga scuba diving. Aktiviti menarik lain yang boleh dilakukan ialah wind surfing dan berkayak. Terdapat  resort di sini untuk menginap seperti Alang’s Rawa dan Rawa Island Resort.

3. Pulau Dayang – Sebuah pulau yang terdiri daripada Pulau Aur, Pulau Pinang, Pulau Besar dan Pulau Pemanggi. Di sini merupakan destinasi popular untuk mereka yang nakkan aktiviti scuba diving. Hidupan Marin di sini memang sangat banyak dan mudah untuk menjumpai ikan seperti spesis jerung, paus ataupun ikan pari .




No comments:

Post a Comment