Sunday, 19 March 2017

MAKANAN TRADISIONAL JOHOR YEE...

Pernah pergi ke sebuah negeri yang terletak di semenanjung Malaysia? Negeri apakah itu? Negeri Johorlah...hihihi. Seperti negeri-negeri lain yang ada di Malaysia, masing-masing ada adat, makanan tradisional, budaya dan macam-macam lagi termasuk jugak negeri Johor yang kaya dengan pelbagai jenis makanan tradisional yang jarang ada di negeri-negeri yang lain. 

Sebagai seorang anak jati Johor, emm disini saya ingin berkongsi dengan pembaca tentang pelbagai jenis makanan tradisional negeri tumpahnya darahku ini. Peringatan bagi yang berpuasa ataupun yang dalam keadaan berpantang jangan terliur ya bila baca blog ni


1. LAKSA JOHOR 

Mee yang digunakan biasanya adalah mee spaghetti.

Kuahnya diperbuat dari ikan tenggiri ataupun ikan kembung.
Laksa Johor ni kaya dengan ulam-ulaman,
antaranya ialah, daun kesum, timun, kacang panajang, taugeh, daun bawang, dan jeruk lobak.
Belahkan limau kasturi.

2. MEE BANDUNG 

Nampak mengiurkan bukan...
Ha nilah Mee Bandung Muar,
Biasanya orang tak panggil mee bandung johor, tapi orang akan panggil Mee Bandung Muar.
Mee Bandung Muar ni macam laut, 
KENAPA?
Ha sebab dalam mee bandunng ni ada udang, kerang, sotong.
Tak lupa juga daging dan juga telur.
Telur boleh dalam keadaan rebus ataupun goreng bergantung kepada selera si pemakan.
Tak dilupakan juga adanya tahu, daun bawang dan sedikit cili hidup bagi menaikkan selera. 
Walaupun harganya agak mahal, tetapi berbaloi kerana banyak isi kandungannya.

3. SOTO

Terdapat dua jenis soto di Johor,

-soto nasi
-soto mee
Soto ini lengkap dengan hirisan ayam yang ranggup, ada daun bawang dan daun sup, kacang tanah, Soon digoreng, bawang goreng, kuah sup dan sambal itam yang lazat lagi sedap.Tak lupa bergerdil penambah selera dan pelengkap hidangan.

4. NASI AMBANG

Nasi Ambeng ini biasanya dimakan dalam dulang. Dalam satu dulang itu akan ada 4 hidangan.
Nasi Ambang ini lauknya ialah serunding kelapa, mee kuning goreng, sambal goreng, ikan kering dan akhir sekali ayam masak kicap.


Pada kebiasaannya, dulang tersebut akan dialas dengan daun pisang bagi nampak lebih menarik.


5. TELUR PINDANG



Telur pindang adalah telur yang direbus di dalam air herba selama
 beberapa hari dengan pelbagai jenis rempah dan daun seperti daun pokok manggis, daun senduduk, daun jambu batu, halia, galanga, kulit kayu manis, bunga lawang, kulit bawang dan serai
 untuk memberikan rasa dan warna yang unik. 
Masakan tradisional yang terkenal di Negeri Johor ini boleh bertahan sehingga dua minggu atau lebih yang biasanya disediakan ketika majlis-majlis perkahwinan di Negeri Johor. 


6. KACANG POOL 





Kacang Pool boleh dikategorikan sebagai makanan yang agak ringan dan sesuai dimakan pada bila-bila masa.
 Walaupun begitu, hidangan ini biasanya dimakan pada waktu petang bersama sebiji telur mata lembu dan roti bakar yang dicicah ke dalam kacang pool.

7.  MEE REBUS



Mee Rebus Johor ni kuahnya pekat
Dihidang bersama telur rebus, daun bawang, bawang goreng, tauhu dan lada hijau
Kadang-kadang kalau sedap lagi ada seafood dalam mee rebus. 


8. BOTOK-BOTOK 


Botok-botok ni sebenarnya hidangan ikan dan ulam-ulaman yang dibalut dalam daun pisang
Daun yang biasa digunakan ialah seperti pucuk ubi, pucuk betik, pucuk mengkudu, 
daun kesum, daun cekur dan daun kunyit.
Sajian ini dianggap berkhasiat kerana tinggi kandungan serat dan kerana ia dikukus.


9. LONTONG
Kalau di Johor terdapat dua jenis lontong
Lontong kuah dan Lontong kering
Tapi kebanyakannya lebih sukakan lontong kuah
Lauknya sama cuma bezanya kuah lodeh itu sahaja 
Tapi variasi lauk untuk lontong kering ni lebih banyak
Boleh letak rendang, sambal jawa, sambal kentang dan bergedil
Biasanya dimakan untuk sarapan...nyum nyum


10. BRIYANI GAM JOHOR 

Briyani Gam Johor memang terkenal dalam Malaysia
Harganya agak mahal sedikit kerana bahan-bahannya yang banyak
Apa bezanya briyani biasa dengan briyani gam ni?
 Pembuatannya cerewet, wajib beras basmati yang panjang-panjang tu kalau nak panggil briyani johor
Dan briyani gam ni, ayam atau daging itu dimasak bersama nasi
Kalau di Malaysia yang paling famous adalah di Batu Pahat iaitu Briyani Mohd Shah. 
Bukan ayam sahaja menjadi pilihan.
Malahan daging kambing dan daging lembu juga menjadi rebutan peminat nasi Briyani ini.


 11. OTAK-OTAK
Haaaa ni lagi satu makanan anak Johor sejati
Makanan yang simple dan dihidangkan di serata Johor
Otak-otak... dan yang paling terkenal ialah otak-otak Kempas
Otak-otak ni isi ikan yang berempah
Tempat lain pun ada juga kalau tak silap


12. AIR KATIRA
Air Kathira/Katira memang popular sangat di Johor
Air Kathira ni ada 'isi-isi'nya seperti biji selasih, katira, kembang semangkuk dan sebagainya.
Mengikut kata-kata orang Johor Lama, air Katira yang asli mempunyai sekurang-kurangnya 7 ramuan.
Pada kebiasaannya air katira ini akan dijual pada bulan puasa sahaja.





2 comments: