Sunday, 19 March 2017

tempat bersejarah di Johor

Tempat bersejarah di Johor..bagi sesiapa yang minat tentang sejarah di Johor datang la ke tempat ini, saya jamin anda semua terkagum dengan sejarahnya..


1. Muzium Diraja Abu Bakar – Bangunan berseni bina menakjubkan ini siap pada tahun 1866. Ia ditauliahkan oleh Almarhum Sultan Abu Bakar dan turut dikenali sebagai Istana Besar Johor.
Dibina mengikut gaya Renaissance, bangunan ini dibina oleh orang tempatan dibawah seliaan seorang arkitek Eropah. Perabut di dalam istana dibuat di England dan ditempah oleh Almarhum Sultan Abu Bakar dalam tahun 1866.



Istana ini dijadikan Muzium Diraja Abu Bakar dalam tahun 1982. Hari ini, ia masih digunakan sebagai tempat untuk majlis rasmi dan keraian negeri.
Anda boleh saksikan serba-sedikit kehidupan keluarga diraja melalui barang-barang perak, perhiasan serta cenderahati yang dipamerkan di muzium. Terdapat juga gambar-gambar keluarga diraja sejak dari pemerintahan Sultan Abu Bakar.
Lawati muzium ini hari ini untuk mengetahui perjalanan sejarah keluarga diraja Johor. Muzium dibuka Sabtu hingga Khamis dari jam 9 pagi hingga 5 petang.







2. Muzium Kota Tinggi – Muzium yang dibina pada tahun 1997 dan dibuka kepada umum pada tahun 2002 ini mengimbau semula zaman Kesultanan Johor, yang bermula sejurus selepas kejatuhan empayar Melaka kepada Portugis pada tahun 1511.
Tapak Kota Tinggi telah dipilih sebagai muzium kerana kepentingan sejarahnya sebagai takhta Kesultanan Johor lama.


Ia juga berada di lembah Sungai Johor di mana penulis tersohor Tun Sri Lanang telah menulis di dalam “Sejarah Melayu”, pensejarahan keunggulan Melayu.


Berjalan melalui bangunan dua tingkat ini akan membawa anda melepasi koleksi pameran yang jarang ditemui dari kurun ke-19 sehinggalah sekarang, termasuk tembikar kurun lama, lukisan kanvas yang besar, peralatan muzik purba dan senjata yang dahulunya sebuah keagungan.


Menjejaki sejarah salah sebuah empayar paling berwarna-warni di rantau ini. Muzium ini dibuka setiap Sabtu-Khamis dari jam 9 pagi-4 petang dan ditutup pada hari Jumaat. Kemasukan adalah percuma.

3. Muzium Warisan Tiong-Hua Johor Bahru – jntara tempat yang menarik untuk di kunjungi jika anda berada di Johor Bahru ialah Muzium Warisan Tionghua (Johor Bahru Chinese Heritage Museum). Untuk masuk, pengunjung dikenakan bayaran sebanyak RM5 untuk dewasa manakala RM3 untuk kanak-kanak. Muzium ini dibuka dari hari Selasa hingga Ahad, 9:00 pagi hingga 5:00 petang dan ditutup pada hari Isnin.
Terletak di Jalan Ibrahim, muzium ini sememangnya amat mudah untuk dikunjungi kerana lokasinya yang terletak di bandar Johor Bahru. Saya sekeluarga berkesempatan untuk melawat muzium ini pada cuti Hari Krismas yang lalu.
Bangunan setinggi 3 tingkat ini menempatkan pelbagai koleksi pameran yang menarik berkaitan sejarah perkembangan masyarkat Cina serta sejarah negeri Johor secaram amnya.

No comments:

Post a Comment