Sunday, 19 March 2017

Destinasi pelancongan di Johor





Ini adalah salah satu tempat pelancongan yang ramai, anda semua boleh datang ke tempat ini, saya jamin anda akan kagum melihat haiwan-haiwan di tempat ini..



1.Zoo Johor – Zoo di Jalan Gertak Merah teletak berdekatan dengan Masjid Abu Bakar dan merupakan salah satu zoo yang tertua di Malaysia yang dibina pada tahun 1928. Terdapat lebih 100 spesis haiwan dalam dan luar negara termasuk spesis yang terancam kepupusan .




2.Ladang Burung Unta – Tarikan haiwan yang sangat unik berada di Pengarang, Johor yang menempatkan burung-burung unta dan beberapa aktiviti menarik untuk di cuba seperti menunggang burung unta, melihat telur burung unta yang besar , belajar proses penetasan burung unta dan membei makan burung unta. Yang paling best anda berpeluang mencuba telur dadar burung unta dan satey unta  di sini .


3. Taman Buaya teluk Sengat – Sebuah taman buaya di Kota Tinggi yang menempatkan lebih 1000 ekor buaya dan telah beroperasi sejak tahun 1979. Ada beberapa ekor  buaya yang saiznya sangat besar dan berusia hampir 100 tahun .

4. UK Agro Resort/ Farm – Sebuah ladang biri-biri dan kambing terbesar di Malaysia yang menjadi tarikan agro pelancong dan sesuai untuk dikunjungi ketika lawatan sekolah atau untuk pelancong yang ingin lebih mengenali budaya penternakan di malaysia . Di sini juga terdapat resort (http://ukfarm.com.my/index.html) untuk penginapan dan aktiviti menarik yang boleh di lakukan selain tengok kambing / biri-biri ialah memanah , menunggang kuda dan melawat ladang cendawan .

No comments:

Post a Comment