Sunday, 19 March 2017
Salam sayang dari Johor Bahru...Kami sebagai wakil instedt ingin mempersembahkan final projek kami mengenai topik Johor The Best yang membuatkan anda teringin mengunjungi ke negeri Johor Darul Takzim. Kewujudan blog ini adalah untuk memenuhi tuntutan tugasan akhir subjek DIT 1163 aplikasi komputer. Kami dikehendaki untuk membuat satu kumpulan yang terdiri daripada lima orang wakil daripada kos Diploma Pengurusan Perniagaan untuk mempromosikan Visit Malaysia 2017 dari segi ekonomi dan pelancongan.
MAKANAN TRADISIONAL JOHOR YEE...
Pernah pergi ke sebuah negeri yang terletak di semenanjung Malaysia? Negeri apakah itu? Negeri Johorlah...hihihi. Seperti negeri-negeri lain yang ada di Malaysia, masing-masing ada adat, makanan tradisional, budaya dan macam-macam lagi termasuk jugak negeri Johor yang kaya dengan pelbagai jenis makanan tradisional yang jarang ada di negeri-negeri yang lain.
Sebagai seorang anak jati Johor, emm disini saya ingin berkongsi dengan pembaca tentang pelbagai jenis makanan tradisional negeri tumpahnya darahku ini. Peringatan bagi yang berpuasa ataupun yang dalam keadaan berpantang jangan terliur ya bila baca blog ni
Sejak kami kecil, apa yang kami tahu, Johor mempunyai 8 daerah (Johor Bahru, Muar, Batu Pahat, Pontian, Segamat, Kluang, Mersing dan Kota Tinggi). Tetapi, selepas tahun 2008, kerajaan Johor menubuhkan dua lagi daerah iaitu Ledang dan Kulai Jaya.
Mari kita lihat sesuatu tentang Johor, sejarah, geografi dan kerajaan.
Subscribe to:
Posts (Atom)